♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

27 April 2013

muslimah & hijab :)



Seringkali kita terdengar soalan buat mereka yang masih keliru tentang wajibnya seorang muslimah memakai tudung, Insya Allah di kesempatan ini saya cuba berkongsi Mengapa Muslimah Wajib Memakai Tudung???Moga tiap apa yang disampaikan membawa manfaat bersama..

1) Tuntutan agama Islam yang suci

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

2) Menambah dosa dan terus dimurkai ALLAH

Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.

3) Lebih cerdik,selesa dan sihat

Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.

4) Tidak membazir

Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang.

5) Lebih sopan dan manis

Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis.

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”

Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati dan dihargai

Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

9.) Lebih disayangi oleh ALLAH

Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.

10.) Calon Isteri

Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri !!

*****

Walau ianya jelas suatu tuntutan syariat islam dan terbukti dari banyak pemerhatian & kajian muslimah yang bertudung banyak mendatangkan kebaikan, tetapi ada juga golongan yang sering mempertikaikannya dan sering memberi beribu alasan juga jawapan untuk menegakkan naluri nafsu masing-masing. Disini ada beberapa contoh jawapan mereka renungkan bersama ;

1. Semua yang tutup aurat,pasti masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, pasti masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

- Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

*****

Walau dizaman sekarang ini ramai yang kita lihat dah mula bertudung, tapi banyak juga kesalahan dalam memakai tudung kerana ramai yang ingin berfesyen bukan kerana tuntutan arahan Allah SWT. Kesalahan yang sering muslimah lakukan adalah seperti berikut ;

KESALAHAN PERTAMA :

Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :

Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :

Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :

Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA :

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN :

Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :

Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : 

“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)


# credit : http://www.facebook.com/groups/TeamDSU/ :)

me & animals



ehekk ehekkk . ulau besauuu wehhhh ! *semput ketakutan* aku taktau macamana si arep bhai ni b0leh mendukung ular tu dgn jayanya tanpa ada sebarang jeritan zahir dan batin . aku pulak yg cuak walaupun tumpang bergambar je . phewhhhhh ! *kesat peluh di dahi mulus*


ayien pun dukung ular jugak wehhh ! huhuuu . dari mana dtg ular tu ? aku pun taktahu apa nama nya karnival tu  mungkin karnival ular se-UMT . mungkin . ada few haiwan yg dipamerkan . ada ular 0f c0urseee . ada rabbit . ada kaler luna jengking . and guess what ?! ada tikus ! sebagai makanan ular . tapi aku b0leh bantai bergambar dgn tikus tu . mihihihiii . sbb tikus tu COMEL sangat-III ! serius weh ! comel sangat ! kecik jeeeeee :D


seeeeeeeeee ??????? comel sangat ! tapi tapi tapi . mata dia merahhh woooo ! nampak takk ?? incik najwang cakap kannn , kalau mata tikus tu merah , maknanya tikus tu sakit , ada jangkitan . what ? !! k cuak k cuakkkkk ! tskkk tskkkk T_T


then snap-II with rabbit . camera yang terlalu berkualiti mmbuatkan gambar ni jadi agak &%%&#* . HAHAHA . jahat aku kutuk puji camera 0rg . heww hewww :D btw , bulu rabbit ni lembutttt sangat . macam teddy bear yg harga ratus riban tuhhhh . and this is my first time aku pegang rabbit sebegini rupa . selama ni tak pernah aku dukung makhluk berbulu tebal ni . wuwuwuuuu :D


dah kenapa aku p0sing gitu gaye ? adehhhh *tutup muka dgn spenda* ehemmm , ni gambar after dah bermain dgn semua haiwan yang ada . maka masa untuk balik . dan tak lengkap lah hidup utk hari tersebut kalau tak bergambar kan ? hehee . mcm tak biasa pulakkkk . k lah , saje je nak tambah entry . benda dah seminggu lebih , tapi baru t0day rasa nak hapdet . ngehh ngehhhh :P k daaaa -_-

24 April 2013

minah CAMWHORE




aku sebenarnya taktau pun apa CAMWHORE tu . tp menurut kefahaman aku , camwhore tu aku definasikan sebagai 'suka snap gambar' . tak kira masa . tak kira tempat . tak kira dgn siapa . dan semua yang kenal aku selama ni dah faham dgn tebiat aku tu . hehee . kalau sehari tak bergambar mmg bukan leeya la tu . dan aku jugak dah bjaya menghasut kawan-II aku utk terlibat dgn jayanya sebagai m0del dan peneman dalam gambar . hahaa . i likeeee !

setakat ni , gambar aku dlm lapt0p aku je sudah hampir mencecah puluhan ribu . mana tak nye , sehari nak dekat seratus gambar . mmg haruuuu . hahaa . semua tempat aku nak bergambar . dalam tandas b0leh terima lagi . ni tepi t0ng pemadam api tu pun nak bergambar . muka ayam muka kambing muka itik gemb0-II semuaaa adaaaa .

pers0alan nye , kenapa aku blh terjebak dgn camwh0re ni ? ehemmm . dedulu aku ni jenis paling payah nak bergambar . tapi sejak-II dh membesar dgn cun nye ni , tetiba jadi addicted nak bergambar . HAHAHA ! k ni statement paling vangang penah aku tulis :3 berbalik pada t0pik . kenapa aku suka minat gian dan segala yg sewaktu dgnnye utk bergambar ? sbb aku nak rakamkan setiap yang aku buat dari pagi sampai petang sampai malam sampai bangun balik pagi es0k dan seterusnya . whyyy ? sbb nnti bila dah tua aku b0leh tunjuk kat anak cucu cicit *kalau sempat berkeluarga la kan* nnti blh cerita perit getir hidup grandma *amb0i grandma siuttt :P* mereka yg cunggg ni . HAHAHA :D

and sbb UTAMA aku suka bergambar is : aku nak abadikan kenangan dgn semua 0rg yg aku jumpa .
tiap saat . tiap ketika . kalau blh tiap masa aku nak bergambar . tapi hidup ni bkn dilahirkan utk kumpul gambar terbanyak kan . hahaa . s0 tak blh la nak bergambar je tiap saat . and aku nak semua 0rg ada kenangan dgn aku . supaya andai aku 'pergi' dulu suatu hari nnti , k0rang semua akan ada sesuatu utk dijadikan kenangan dgn aku . bila rindu blh tgk gambar . bila teringat blh tgk gambar . bila rasa nak cium blh cium gambar . ecehhh :P HEHE .

hmm tak tahu la kenapa aku bgtahu semua ni . lupakan jelah ea . kbye .

21 April 2013

3rd person



sebut pasal 0rang ketiga je k0mp0m semua tak senang duduk . rasa macam nak sepak . rasa macam nak terajang . rasa macam nak bunuh . cincang lumat-II . tak cukup cincang , siap masuk blender panasonic beli kat mydin lagi kauuuu . and kalau b0leh kubur pun taknak bg wujud . biar lenyap terus dari alam nyata ni . amb0i benci sangat nampak ?

ramai yang cakap insan ketiga ni memang tak patut hidup atas mukabumi ni . langsung tak layak . kalau layak pun , ahhh memang tak layak lah senang cerita . jenis pemusnah relay 0rang . jenis per0sak kebahagiaan 0rang . jenis perampas hak milik 0rang . sejenis la dengan racun tikus cap ayam . heh ! mana satu ni ? tikus ke ayam ? jengggg =='

tapi bagi aku , TIDAK ! aku tak meny0k0ng jika kau menyalahkan insan ketiga semata-II . kau kena ingat , kalau takde angin takkan p0k0k b0leh berg0yang inul bagai ? kalau guy tu tak layan , takdenye girl tu b0leh dapat guy tu . dan sebaliknya . yang insan pertama pulak bila dapat tahu 0rg kesayangan dia main kayu tiga empat lima kat belakang dia , mula la nak mengamuk . weh , kalau chill je tak b0leh ea ? bende b0leh settle k0t -_-

bg aku , tak b0leh jugak nak salahkan 0rg ketiga semata . kau penah dengar tak ayat "tiap yang berlaku pasti bersebab , dan pasti berhikmah." kau sibuk-II salahkan dia , maki dia , cela dia , canang kat satu dunia yang dia dah rampas pakwe kau awek kau gayb0y kau and s0wateva . tapi kau tak tahu mungkin dia kena tipu hidup-II dgn pakwe kau awek kau gayb0y kau tu . atau mungkin dia just main-II je nak test kesetiaan pasangan kau tu ? ataupun mungkin dia mmg jenis celaka nak hancurkan kebahagiaan 0rang ? hahahaa . k s0rry .

wateva it is , jangan nilai sesuatu sebelum kau tahu hal sebenar . and jangan asyik nak salahkan 0rang lain . kau yang tak reti jaga pakwe makwe gayb0y segala bagai kau tu k0t ? atau senang cerita kau cari je 0rang lain . berlambak lagi manusia atas dunia ni . kalau betul dia sayang kau , dia takkan buat kau sedih , dia takkan duakan kau . tapi kuasa ALLAH tak siapa b0leh tahu kan ?

and guess what ? aku sangat memahami perasaan insan ketiga . why ? sebab aku PERNAH duduk di tempat itu . aku tahu macamana rasa jadi kekasih gelap . aku tahu macamana rasa bila pakwe cerita masalah dia dgn awek first dia tu kat aku . dan aku bukanlah celaka sangat nak pisahkan di0rang . lantak la kau nak pecaya ke tak , tapi aku memang tak pernah suruh di0rang break . malah aku yang jadi 0rang tengah bila di0rang gaduh . see ? nampak tak bahawa tak semua 0rang ketiga tu jahat ? mungkin dunia ni akan bahagia kalau semua 0rang ketiga tu perangai dia baik macam aku kan ? HAHAHA ! *evil laugh* tapi tu semua cerita dulu . n0w aku dah tinggal semua tu . aku yang menyibuk , s0 aku lah yang kene undur diri rite ? see ? nampak tak kebaikan aku lagi ? HAHAHA ! :P

k lah , dah takde idea nak mencarut . aku tahu mesti ramai tengah carut sbb aku pernah jadi 0rg ketiga ni kan ? carut lah banyak mana pun yg kau nak . kesah pulak aku ? HAHAHA ! aku lebih kenal diri aku . aku tahu apa yang aku buat . kau bukan TUHAN nak judge-II aku . kalau tak puas hati , sila pergi meninggal sekarang . k dah .

# jangan pandang kejahatan aku macam aku k0mpem masuk neraka . dan jangan pandang kebaikan kau macam kau k0mpem masuk syurga .

sahabat lama


Kawan . sahabat . member . r0d0ng . rakan . berbeza .

Me rasa me pernah p0st pasal ni suatu masa dulu . zaman hingus melekat hujung hidung taknak meleleh . pekat . likat . hijau . hahaha . 0ke st0p it . mihihi .

Me ada ramai kawan . rakan . member . r0d0ng . tapi SAHABAT ? yang sentiasa ada bila suka bila duka . yang sentiasa ada bila tibatiba rasa nak nangis sbb teringat kisah cinta b0d0h . yang sentiasa ada bila tibatiba rasa nak g0sip pasal mamat kacamata *taste me la tu . hikss* . yang sentiasa ada bila tibatiba rasa nak share pasal bebelan puan emak . yang sentiasa ada lah senang cerita .

Dulu me rasa me dah jumpa insan yang b0leh label sebagai sahabat tu . sukaduka samasama . pegi manamana samasama . g0sip pasai lelaki kacak samasama . tidur sebantal . mandi set0ilet . berak – errr 0ke itu 0ver . TAPI , itu dulu , zaman-II baru nak kenal dunia . zaman-II baru nak kenal cinta . zaman-II baru nak up la 0rg kata . NOW ? masing-II dah bawak haluan sendiri . dia disana , me disini . melakar cerita hidup masing-II . berhubung setahun sekali bila perlu . hm

bila ingat-II balik , rindu sangat . sangat . kenangan . takkan dapat dibeli . takkan dapat diulang . takkan dapat . kini , hanya kenangan yang jadi peneman . kadang airmata mengalir bila kenangan terlalu mengusik tangkai hati .

utk kau , yang pernah jadi sahabat . kau tetap sahabat dalam hati . walau kini kau sudah lupa kewujudan aku mungkin . aku rindu kau . serius .

# me sebagai aku

17 April 2013

fahami kami :)




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis.

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,
tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda,
dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?

Fikirkan.
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia,
kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara..

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama,
tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.


#salintampal :)

16 April 2013

apa kau kesah ?


assalamualaikum .



hidup ni tak selalunya indah . hidup ni tak semua 0rang akan suka kita . hidup ni tak semua 0rang b0leh terima kita . hidup ni tak semua benda yang kita buat tu adalah betul . hidup ni tak semua benda yang kita rasa betul tu adalah betul . hidup . tak dapat ditafsir . tak dapat diramal . tak dapat dijangka .

sama juga seperti me . me tahu tak semua 0rang akan suka me . me tahu tak semua 0rang b0leh terima cara me . me tahu tak semua 0rang akan setuju dengan apa yang me buat . me tahu . dan me kisah . kenapa me kisah ? sebab me manusia . punya hati . punya perasaan . punya naluri .

yes , me akan sedih bila me tahu ada  yang mengumpat di belakang me . me akan sedih bila me tahu ada yang tidak menyenangi tingkahlaku me . me akan sedih bila me tahu ada yang sedang menyimpan benci pada diri me . me akan sedih , walau me tahu hakikat bahawa tak semua 0rang b0leh terima kita seadanya .

tapi . apa yang b0leh me buat kalau anda tak suka me sekalipun ? me hanya mampu berdiam diri . dan berd0a kepada ALLAH supaya melembutkan hati anda-II sekalian , yang membenci me , untuk menerima me apa ada nya . me dah cuba yang terbaik . me dah buat segala yang termampu utk mnjaga hati semua 0rang disekeliling me . terutamanya hati 0rang-II kesayangan me . hati 0rang-II yang rapat dgn hidup me . me dah cuba .

namun , walau sekuat mana me mencba , tetap ada yang tidak berpuas hati . me 0ver ? me gedik ? me em0 ? me terhegeh-II ? me batak ? me ann0ying ? me pipi ters0r0ng-II ? me muka tak malu ? me apa lagi ? cakaplah apa anda nak cakap . me terima seadanya . me manusia . walau macamana pun , pasti ada langkah yang sumbing dimata 0rang lain . itu silap me . itu khilaf me .

tapi anda siapa untuk menilai me ? anda tuhan ke ? anda paling berkuasa ? anda punya segalanya ? tidak . anda juga manusia . seperti me . juga melakukan kekhilafan , yang kadang-II sama dgn khilaf me . sedarlah , kita serupa , kita serumpun . berhentilah mencaci . berhentilah mencela . dapat apa ? dapat d0sa je agaknya . wallahu'alam . just st0p it .

3 April 2013

dear cintahati

assalamualaikum cinta .

siapa cintahati me ? biarlah hanya ALLAH , me , dan dia yg tahu . me dunn0e what me wanna say , but sincerely , truly , and wats0eva-ly fr0m my BIG heart is me wanna tell cintahati me that me syg dia sangat . but me dunn0e cintahati me syg me as much as me syg dia 0r what . me h0pe me tak tepuk sebelah tangan . and andaikata sebenarnya selama ni me tepuk sebelah tangan , me m0h0n me rayu pada cintahati me , t0l0ng TERUSTERANG dgn me . me tahu me akan SANGAT SANGAT SANGAT terluka . tapi s0kayy , kebenaran yang pahit itu jauhhhhh lebih baik dari kepalsuan yang manis . kan syg ?

dear cintahati me . me syg kamu . me teringin hidup sama kamu . tapi me tak berani letak harapan tinggi melangit . me takut kamu kecewakan me . me takut kamu berubah hati . me takut kamu tinggal me terk0ntang-kanting after kamu beri me harapan . me takut sangat .

cintahati me . me minta ampun . me minta maaf , andai selama kamu hidup sama me ni me banyak sakitkan hati kamu . me minta maaf andai me ada buat kamu terasahati dgn sikap me . me tahu me tak reti jaga hati 0rang . me minta maaf . me tahu kadang-II me 0ver sama kamu . me tahu me sweet . HAHAHA . tapi me takut kamu taksuka me sweet-II . thats why me dah jarang berlaku sweet sama kamu . me tahu me selalu terhegeh-II sama kamu . me minta maaf cintahati me . me ni ann0ying kan cintahati me ? hm .

cintahati me . andai kamu baca apa yang me tulis ni , sumpah me malu . HAHAHA . tapi takpe , me memang mahu kamu tahu apa yang me rasa sama kamu . me malu nak bgtahu direct sama kamu sbb kamu pun jarang ber-perasaan bila b0rak sama me . jadi me titipkan tulisan dan perasaan me pada kamu melalui bl0g buruk tapi c0mel me ni k . me h0pe kamu faham apa yang me cuba sampaikan sama kamu .

last . cintahati me , jaga diri kamu baik-II . andai me buat salah sama kamu , beritahu lah me . dan andai kamu sudah jumpa sama 0rang lain , yang lebih sesuai sama jiwa kamu , kamu beritahu me 0kayy ? me mahu lihat cal0n permaisuri kamu , yang akan ganti tempat me selepas ini . cintahati me , me nak kamu tahu , hingga saat me menaip disini , jiwaraga me masih utk kamu . me sayang kamu . m0re than bef0re :')

me LOVE y0u cintahati . me MISS y0u .

#me sebagai kite :)

2 April 2013

muslimah kena KUAT !



Wahai diriku...
Tak perlu harap manusia.
Biar hanya Allah yang tahu.
Kadang-kadang cerita pada manusia.
Mereka tak dengar pun.
Tak peduli pun ada.
Lain kalau kita cerita pada Allah.
Allah peduli. Allah ketahui.
Allah yang melakukan segalanya.
Baik buruk ditimbang tara.
Pasti ada hikmahnya.
InsyaAllah.

Muslimah kena kuat !

penantian :')




n0w kalau nak ber-jiwang , dah tak b0leh p0st sesukahati . dah tak macam dulu . dah tak se-bebas dulu . dah tak se-tenang dulu .

n0w kalau nak ber-feeling , dah tak b0leh luah kat laman s0sial . ada mata yg membaca . ada telinga yg mendengar . ada mulut yg mengata .

n0w kalau nak ber-segala-ber , dah tak b0leh dah . ada yg memantau . ada yg mencari kesilapan . ada yg tidak berpuas hati mungkin .

apa salah dia ?
apa yg dia dah buat ?
apa yg dia buat sampai awak benci dia ?
apa ? apa ? apa ?

awak , dia tak salahkan awak , dia tak salahkan mereka , dia tak salahkan sesiapa . cuma dia tertanya-tanya mengapa dia dilayan sebegitu rupa . teruk sangat kah dia ? menjengkelkan sangat kah dia ? menyampah sangat kah kalian pada dia ? hmm ?

awak , dia merindui kebebasan yg telah kalian ragut . dia merindui kebahagiaan yg telah berlalu . dia merindui keakraban yg telah terlerai . dia merindui semua yg pernah menjadi sebahagian dari hidup dia suatu masa dahulu .

awak , mungkin dia salah , kerana masih mengungkit kenangan silam . maafkan dia awak , dia sudah cuba sedaya upaya untuk melupakan semuanya , tapi dia GAGAL . segalanya akan kembali menghantui dia tatkala dia teringat kata-II kalian . segalanya akan kembali terngiang di telinga tatkala dia melihat wajah kalian . segalanya akan kembali terbayang tatkala dia memikirkan masa depan awak dan dia .

awak , mungkin dia terlalu banyak berimaginasi . mungkin dia terlalu berburuk sangka . atau mungkin juga dia TRAUMA . FOBIA . awak , siapa yg tidak sedih ? 0rg yg dia sayang , 0rg yg dia banggakan , 0rg yg dia sangka seputih perlakuannya , rupanya hitam hatinya , menikam dia dari belakang . menghambur kata-II kesat kepadanya . menghina dia , menjatuhkan maruah dia .

awak , dia menanti . dia menanti bila saat awak akan berterus-terang tentang apa yg sedang dibina . dia menanti saat bila mereka dan dia akan bertemu muka , merungkai pers0alan yg terpendam di benaknya . dia menenti saat bila mereka dan dia akan bersalaman , berlaga pipi , bermaafan , berpelukan dgn erat , seperti saudara yg lama terpisah . awak , dia menanti saat itu .

awak , bukan dia tidak memaafkan . ya , dia sudah memaafkan segalanya . cuma dia tertanya , apakah dia masih di benci ? apakah dia masih dipandang ser0ng ? apakah dia masih jijik di mata mereka ?

*me HATE u f0r make me MISS u like HELL . me MISS y0u :'(