♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

30 October 2013

Duduk Antara Dua Sujud


Ketika dalam "duduk di antara dua sujud.", dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita.
Tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Rabbighfirli... (Tuhanku, ampuni aku...)

Diamlah sejenak.
Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. 
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni... (Sayangi aku...)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. 
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. 
Berturut-turut sampaikanlah permintaan-II berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..) 

Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..) 

Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 

Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..) 

Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
 
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.
Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-II memohon sesuatu. 
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain...

# Salin|Tampal|Wallahu'alam :)

22 October 2013

HATI


credit : udeyismail and the geng
hati.
jangan di buat gurau.
sekali terhiris, parut selamanya.

hati.
mudah tersentuh.
jangan beri harapan.
andai tak terjadi, sentap sampai mati.

hati.
lain orang lain cara.
yang penting fahami dia.
cuba walau tak sepenuhnya.

kau.
aku sayang.
harapan masa depan.
jangan hancurkan.

p/s : aku RINDU. bila nak jumpa ?

4 October 2013

aku mahu




Aku mahu lelaki yang berkongsi citarasa walaupun berbeza hobi. lelaki yang boleh aku rujuk bila bercakap tentang lagu atau drama TV. Janji aku dan dia dapat bercakap topik yang selari walaupun dia peminat Chelsea dan aku peminat Man United, walaupun dia minat Korea dan aku minat Hindustan.

Aku mahu lelaki yang nampak muda walaupun sudah berusia. Aku mahu lelaki yang nampak kachak dalam baju melayu dan kemeja. lelaki yang pakai jeans atau kain pelikat tetap nampak bergaya. 

Aku mahu lelaki yang boleh kejutkan aku setiap pagi. Tak kira hari ada kelas atau hari cuti. Dan dia turut bercerita tentang apa saja pada malam hari. Cerita dongeng tentang kami. Cerita yang boleh buat aku termimpi-mimpi.

Aku mahu lelaki yang mengaku aku kekasihnya walaupun dia digilai gadis-II. lelaki yang tidak berdusta dalam cinta. Bila ada perempuan yang datang meminta nombor telefon dia, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar aku dengan penuh bangga.

Aku mahu lelaki yang boleh buat jantung aku berdegup laju bersama dia. lelaki yang boleh buat aku tulis banyak entry cinta dan rindu. lelaki yang buat aku rasa dihargai setiap waktu. lelaki yang buat aku rasa aku gadis paling bertuah dalam dunia. lelaki yang buat aku senyum penuh muka.

Aku mahu lelaki yang sejuk mata memandang. lelaki yang menjaga penampilan setiap masa. lelaki yang segak tanpa mendedahkan auratnya. lelaki yang perlukan aku dan aku perlukan dia. lelaki yang aku puja, suka dan cinta, dan dia juga sebaliknya.

Aku gadis biasa yang sedang belajar merancang keluarga.
Aku cuma mahu anak aku nanti comel dan kachak macam abi dia.
hihii :D