♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

21 June 2014

Ikut aku balik boleh ?

4:03am

Disaat seluruh makhluk di Malaysia sedang lena diulit mimpi.
Aku masih bersengkang mata.
Men-scroll Tuider, Fesbuk, Yutiup.
Bersilih-ganti.

Mengantuk.
Tapi malas nak tido.
Esok dah nak pulang ke rumah halaman.
- KUALA ROMPIN.

Taktahu kenapa.
Hati ni berat sangat.
Nak tinggalkan KUALA TERENGGANU.

Ada orang kata,
mungkin kerna dah ada yang tersayang.
MUNGKIN.

Tapi.
Kenapa hati ni sedih ?
Tadi kan dah jumpa ?
Tadi kan dah tenung mata ?
Tadi kan dah dengar suara ?
Tadi kan dah makan semeja ?
Tadi kan dah bergurau-senda ?

Tak.
Tak puas.

TAKUT.
RISAU.
Macam-macam boleh jadi.
2bulan setengah bukan sekejap.
Cinta boleh berputik tak sampai 2saat pun.
Inikan pula 2bulan setengah ?

TAK !
Kena YAKIN !
Percaya !

Hey, ALLAH kan ada ?

- Ihsan Incik Mimpi -

Ikut aku balik boleh ?
Bawak rumah kau sekali.
Letak depan rumah aku.
PLEASE.

*nanges*

# Kau. Jaga diri. Jaga kesihatan. Jangan skip makan. Jangan minum air gas banyak sangat. Ubat jangan lupa makan. Aku jauh. Nanti aku balik kita jumpa okay ? Atau kau datang sana ?

18 June 2014

surat untuk BAKAL BEKAS KEKASIH

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.


Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.

p/s : Surat ni hanya valid kalau tiba-tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih. Kalau belum, anggap sahajalah saya menulis di bawah pengaruh dadah.

14 June 2014

K A H W I N ?



"Awak, nak kahwin dengan kite tak ?"

"Awak sayang kite tak ?"

"Rindu kite tak harini ?"

Wahai Arjuna.
Berhentilah ungkap kata manis.
Berhentilah buat hati nya cair.
Berhentilah beri diri nya harapan.
Berhentilah buat dia rasa di awangan.
Berhenti.

Wahai Arjuna.
Bukan dia tidak mahu.
Bukan dia tidak sudi.
Bukan dia tidak kepingin.
Menjadi permaisuri hidupmu.
Menjadi pendamping setiamu.
Menjadi teman tidurmu.

Sungguh.
Itu impian setiap wanita.
Bangun pagi disamping Arjuna nya.
Menjadi makmum di belakang Arjuna nya.
Mengaminkan setiap doa Arjuna nya.
Menjalani hidup seharian bersama Arjuna nya.
Menjadi ibu mithali kepada anak-II yg soleh dan solehah.
InsyaAllah.

Wahai Arjuna.
Bukan dia tidak mahu.
Menerima mu sebagai pasangan hidup nya.

Tetapi.
Cara yang kau pamerkan.
Tidak seiring perkataanmu.
Kau kata kau sayang.
Kau kata kau cinta.
Kau kata kau rindu.

Lalu.
Dibelakang dia kau bermesra dengan wanita lain.
Dibelakang dia kau berpegangan dengan wanita lain.
Dibelakang dia kau bertepuktampar dengan wanita lain.

Mana sayang yang kau ucap ?
Mana cinta yang kau luah ?
Mana rindu yang kau kata ?
Mana sayangku mana ?

Dalam tidak sedar kau telah merobek hati nya.
Jiwa nya rabak serabak nya.
Berdarah.
Dan dia tetap disitu.
Memendam segala luka.
Berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Konon kuat.

Namun.
Perlahan-lahan dia berundur.
Setapak demi setapak.
Walau kaki nya terketar-ketar.
Walau jauh dalam lubuk hati dia tak mampu.
Kerana sesungguhnya sayang itu masih bertaut.
Cinta nya masih utuh.
Pada Arjuna nya yang tercinta.

Dia rebah.
Diam.
Kaku.

Harapan nya cuma satu.
Arjuna tercinta nya mengubah sikap.
Menjadi eksklusif hanya untuk dia seorang.
Tiada lain selain dia.
Dia tunggu.

Dan doakan dia kembali kuat.
Kerana dia harus bangun.
Kerana harapan itu masih menyala.
Pada kau.
Arjuna nya.

Berubahlah sayang.