♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

14 May 2013

ALLAH MAHA ADIL



Perempuan di uji di dunia..
kena pakai tudung,
kena pakai stokin,
kena tutup aurat dengan sempurna,
kena banyak fitnah,
kena taat perintah suami,
kena menjaga maruah diri,
tak boleh berlebihan dalam berhias,,

Di akhirat.
sabar + redha = InsyaAllah SYURGA menanti.

Lelaki di beri kemudahan di dunia.
tak payah pakai tudung,
tak payah pakai stokin,
aurat senang di jaga,
tak risau dengan fitnah,
mudah nak buat apa saja.

Di akhirat...
tanggung dosa diri sendiri,
dosa isteri,
dosa anak2,
dosa tangungjawab yang tak di buat,
dosa tak beri nafkah,
dosa tak menjaga pandangan,
dosa adik2,
dosa sesama manusia,
dosa tak solat,
dan lain2.

sabar + redha belum cukup kerana lelaki akan ditanya
samaada TANGGUNGJAWAB mereka di buat atau tidak di dunia.
kalau melakukan tanggungjawab dengan baik = insyaAllah SYURGA menanti.

itulah kelebihan yang Allah berikan.
lelaki dan perempuan masing-II ada kelebihan dan Allah itu maha adil.
janganlah kita merungut dan tidak redha atas apa yg dah ditentukan oleh kita.
apa yang kita ada, itulah yang terbaik buat kita yang Allah ciptakan.
bersyukurlah.

# salin|tampal :)

5 May 2013

entry untuk bakal suami



Saya nak kita jadi abi dan ummi yang romantik dan penyayang depan anak-anak kita. Saya tahu mesti awak gelak bila baca ayat pertama saya. Tapi saya serius sebenarnya. Saya bukan mengada-ngada. Saya nak anak kita tahu apa itu kasih sayang dan cinta. Saya nak anak kita belajar apa itu bahagia. Bila kita tunjuk kita mesra, anak-anak kita akan turut sama bahagia. Saya harap awak tak ketawa.

Saya harap awak tak kisah bila saya datang sembur air paip masa awak basuh kereta. Saya harap awak tak marah kalau saya sengaja berjalan lambat-lambat depan TV masa awak tengok pasukan bola sepak kegemaran awak. Saya harap itu dapat buat hubungan kita makin mesra walaupun kita dah lama berumahtangga.

Saya harap awak tetap akan peluk dan cium saya masa saya sibuk di dapur siapkan masakan makan malam walaupun anak kita ada. Saya harap awak tetap akan pimpin tangan saya walaupun anak kita dah boleh berlari dekat pasaraya. Saya tahu mungkin awak malu bila orang pandang dan mengata. Tapi kita bukan buat sebab nak orang puji kita. Kita bahagia. Bukankah semua yang suami isteri buat selepas berkahwin merupakan satu pahala?

Sesungguhnya kasih sayang itu bermula dari rumah. Kasih sayang dari awak sebagai abi dan saya sebagai ummi mendidik anak-anak kita jadi soleh dan solehah. Saya mahu anak-anak kita berjaya dari sudut pelajaran dan juga akidah. Mungkin dari situ ada jalan untuk kita sekeluarga menuju ke Jannah.

Yang benar,
Bakal Isteri.

ps : Sabda Rasulullah SAW, "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan taat kepada suaminya, maka dia akan dipersilakan masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki."

4 May 2013

untuk kamu



Aku tak minta emas permata.
Aku tak ingin istana megah.
Aku tak mau pesta yang mewah.

Yang ku mahu hanya sebuah janji setia dan mahar seadanya.

Atau selembar sajadah.
Atau bacaan basmalah.

Itu sudah sangat indah.
Untuk menerimaku dalam kata nikah.

ps : sebelum masa itu tiba , kita sama-II jaga diri 0kay :)

3 May 2013

buka mata



dulu aku kenal kau sebagai se0rang yang kuat . dulu aku kenal kau sebagai se0rang yang sentiasa ceria . kau buat aku gelak tak kering gusi . kau buat aku ketawa tak ingat dunia . kau buat aku hilang keayuan gadis melayu . itu kau yang aku kenal dulu .

kini semua tu dah hilang . dah takde lawak b0d0h dari kau . dah takde lawak pecah perut dari kau . dah takde tawa hilai yang keluar dari ker0ngk0ng kau . hanya kerana se0rang perempuan kau berubah sekelip mata . hanya kerana se0rang perempuan kau sudah lupa bagaimana untuk senyum . lemahnya kau sekarang .

kawan . aku tahu kau terluka . aku tahu kau terseksa . aku tahu kau kau merana . memendam kekecewaan teramat . tapi aku juga tahu kau sebenarnya lelaki yang kuat . kau yang lemah seperti sekarang ialah bukan kau yang sebenar . bangunlah kawan . jangan dikenang 0rang yang telah jauh meninggalkan kau dibelakang . jangan dikenang 0rang yang tidak tahu menghargai . jangan dikenang 0rang yang tidak reti menilai yang mana kaca yang mana permata . simpan airamata jantan kau tu .

wake up sayang . aku masih ada untuk kau . kawan-II masih bersama kau . keluarga kau masih memerlukan kau . kami semua masih ada dengan kau . semua 0rang rindu kerenah nakal kau . sunyi sungguh tanpa suara kau . tak guna kau tangisi cinta yang tak setia . tak guna kau meratapi cinta yang hanya memandang harta dunia . buka mata kau . ada cinta yang sedang menunggu kau . ada cinta yang sedang mengharapkan kau . cuma kau yang tak nampak . kam0n . buka mata tu :)

ps : lelaki yang menangis kerana 0rang yang dia sayang adalah sangat AWESOME ;)

2 May 2013

kawan & kekasih





Alkisah sebuah cerita .

Dulu kita kawan . kawan baik sangat . semua masalah aku cerita dekat kau . dan sebaliknya . takde satu pun yang tertinggal . aku selesa berk0ngsi kisah dengan kau . aku selesa berk0ngsi rasa dengan kau . aku selesa berk0ngsi pengalaman dengan kau . kau tempat aku meluah segala . kau tempat aku menumpang bahu . kau tempat aku bermanja . kadang-II macam se0rang abang . kadang-II macam se0rang sahabat . dan kadang-II macam se0rang kekasih . itulah kita . aku dan kau . dan persahabatan kita . bahagia .

Setahun lepas tu . kau appr0ach aku . kau cakap kau suka aku . kau cakap kau nak sayang aku . lebih dari se0rang kawan . aku termenung . aku diam . aku berfikir . dan aku terima kau . hari-II kita makin bahagia . kau sayang aku . aku sayang kau . kita tenggelam dengan dunia kita sendiri . kau buat aku rasa dihargai . kau sentiasa ada bila aku perlukan kau . bahagia sangat . rasa macam kau lah pemilik rusuk itu .

Satu hari , kita gaduh . kau jeles aku kawan dengan kawan lelaki . kau baca text-II aku . kau marah aku . tapi kau buat-II c0ol . kau hantar aku balik . malam tu kau mengamuk dekat aku . kau maki aku . kau halau aku . aku berusaha pertahankan relay kita . aku minta maaf dengan kau . walau aku tahu aku tak salah . aku ada hak untuk berkawan dengan sesiapa yang aku nak . demi relay kita , aku pujuk kau . aku janji takkan c0ntact kawan-II lelaki aku lagi . tapi kau larang . kau cakap takpayah buat kalau rasa terpaksa . kau cakap kau dah malas nak larang aku . buatlah apa yang aku suka . aku diam . malam tu aku tidur dengan airmata . aku takut hilang kau . es0knya kita baik semula .

birthday aku . aku tunggu kau wish . tapi takde . aku tetap tunggu . aku fikir p0sitif . aku sedapkan hati sendiri . mungkin kau sibuk . mungkin kau takde kredit . mungkin line kat rumah kau tak 0ke hari tu . aku tunggu lagi . tetap takde . sampai sudah aku tunggu .memang takde . es0knya kau text aku macam biasa . macam takde apa-II berlaku . aku sedih . sedih sangat . 0rang yang paling aku sayang , b0leh lupa birthday aku . tapi takpe , aku maafkan . sbb aku sayang kau .

lepas beberapa bulan . layanan kau dah berubah . kau jarang ada bila aku perlukan kau . kau jarang ada bila aku perlu sese0rang untuk berk0ngsi rasa macam dulu lagi . aku tak tak jumpa kau yang dulu . kau yang dulu dah takde lagi dalam hidup aku . aku cuba cari . aku gali dalam-II . tapi takde . aku cari kawan-II kau . aku cari keluarga kau . tapi aku tak jumpa kau . aku balik bawa hati luka .

satu hari . aku cakap aku nak bincang dengan kau . aku luah semua yang aku rasa . aku b0ngkar semua yang aku tak puas hati dengan kau . aku pers0alkan satu-persatu tentang perubahan kau . kau bidas semua . kau cakap aku yang berubah . kau cakap aku yang abaikan kau . kau letakkan kesalahan atas bahu aku . kita gaduh . hilang semua kata r0mantis . lenyap semua ayat manis . hanya ayat-II kasar . berdarah telinga bila dengar . bernanah mata bila baca . sakitnya hati waktu tu .

akhirnya aku lepaskan kau . aku suruh kau pergi . cari jalan hidup kau sendiri . kita dah takde persefahaman . kau bukan kau yang dulu lagi . dan aku juga bukan aku yang dulu lagi . sebenarnya banyak yang kau buat hati aku terluka . kalau nak cerita memang tak cukup 24jam . tapi aku bukan 0rang yang suka buka aib 0rang . biarlah jadi pengajaran untuk aku . kini kita dah tak bersama . kenangan tetap jadi kenangan . untuk terima kau semula , memang aku akan fikir berkali-II . dan mungkin berkali-II itulah jawapannya adalah TIDAK . bukan aku tak rindu . tapi derita melebihi bahagia . betullah 0rang cakap , “paras rupa tidak menjamin kebahagiaan.”

aku sedih . sbb aku hilang kawan . sbb aku hilang abang . sbb aku hilang kekasih . dan kau rugi . sbb hilang sese0rang yang cintakan kau sepenuh hati . m0ga kau bahagia kawan . aku sentiasa mend0akan .

# rekaan semata . tiada kaitan dengan aw0k-II semua . hihi :D