♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

27 January 2014

Cuma Kau

Credit picture : Incik Gugel

Dia takda orang lain.
Dia cuma ada kau, seorang.

Ada orang lain yang mahu dia.
Tapi dia masih menolak.

Kerana apa? 
Kerana kau.

Dia sayang kau.

P/s : Aku sedang. SETIA.

24 January 2014

Pesanan tak terpesan :')


Tadi.
Akak nak pesan,
Jangan tinggal ilmu yg adik dapat di SMKAP.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan salah pilih kawan bila keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan buang sarung kaki lepas keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan buang sarung lengan lepas keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan tinggal surah-II yg kita hafal lepas keluar SMKAP nanti.
Begitu juga Al-Ma'thurat, teruskan sayang.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan pakai tudung atas dada lepas keluar SMKAP nanti.
Tutup dada, maruah kita.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan biar bonggol tinggi sangat kalah bonggol unta,
Nanti tak cium bau SYURGA.
NAUZUBILLAH.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan langgar batas pergaulan lepas keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan terpengaruh dengan tipu-daya dunia.

*****

Adik-II yang akak sayangi. Maafkan akak kerana tak sempat meninggalkan pesanan-II yang boleh adik-II jadikan pedoman apabila melangkah ke dunia luar nanti. Adik-II, sesungguhnya pancaroba di dunia luar ini amat menggerunkan. Akak sendiri pernah jatuh dan tersungkur berkali-II. Andai iman tidak kukuh, malah hati amat rapuh, payah lah utk kita menempuh segala dugaan dan cabaran yang sentiasa menguji kian hari. Apa yang adik-II perlu ingat, bahawasanya dunia ini penuh tipu-daya, syaitan laknatullah akan sentiasa berusaha gigih menarik adik-II ke lembah NERAKA. ALLAHUAKBAR gerun nya akak sayanggg. Tanamkan dalam diri, kita kena kuat, jangan sampai syaitan bersorak gembira. Sentiasa dekat dengan YANG MAHA ESA. InsyaAllah bahagia hingga ke Syurga.

Andai berkesempatan, ada jodoh, panjang umur, akak berdoa, semoga kita akan dipertemukan semula di kemudian hari, kerana banyak perkara yang akak ingin pesan kepada adik-II. Sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu betapa terharunya hati ini tatkala melihat wajah adik-II yang akak sayangi walau baru pertama kali bertentang mata tadi. Akak mendoakan adik-II tidak hanyut dibuai arus dunia yang semakin deras dan merbahaya ini. Doakan akak juga ye :')

SMK AGAMA PAHANG.
Mengajarku menjadi seorang muslimah.
Aku pernah terjatuh.
Aku pernah tersungkur.
Dan ALLAH memimpinku kembali.
Moga terus kuat.
Dunia ini terlalu mewah.

20 January 2014

Jangan main-main !


Kejap suka, kejap tak.
Ingat hati manusia ni boleh tarik-tarik macam yoyo ke?

Jangan buat orang menanti.
Jangan buat orang jatuh cinta.
Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita.
Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga.

Buat orang jatuh cinta dengan harapan palsu adalah berdosa.
Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang.
Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Tuhan.

Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian.
Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita.
Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak.

Beringat lah sebelum permainkan hati orang lain.

# Salin|Tampal|Haslinda Alias :)

18 January 2014

Boleh ?


"Sayang aku sampai mati, boleh?"

Itu je satu yang aku pinta.

Tiada kedua.
Tiada ketiga.
Dan seterusnya.

Satu itu aku, seorang.

p/s : Aku mohon. Sampai SYURGA.

1 January 2014

Bai 2013. Hai 2014 :')

ASSALAMUALAIKUM.
dan salam satu januari duaribuempatbelas.


Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang disambut dengan tangis hiba masa awal-II dulu.
Dan berlarutan sampai berbulan.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang banyak buat aku nangis tak cukup airmata.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku trauma dan fobia dgn manusia.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang banyak buat aku hangen tak tentu pasal.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang banyak buat aku tumbuk meja tumbuk dinding.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang banyak buat aku kenal erti hidup.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang banyak buat aku kenal erti persahabatan.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang banyak buat aku kenal erti maruah.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku kenal mata kaca mana permata.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang ajar aku yang mana sampah yang mana bunga.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang ajar aku macamana nak hadapi hidup.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang ajar aku macamana nak bidas makian orang.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang ajar aku macamana nak layan sampah.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang ajar bagitahu aku hidup ni perlukan perubahan.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang bagitahu aku hidup ni tak selamanya duka.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang bagitahu aku hidup ni kadang-II takboleh baik sangat.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang bagitahu aku hidup ni takboleh bagi muka sangat.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang bagitahu aku hidup ni banyak benda yang aku kena cuba.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang bagitahu aku hidup ni jgn percaya orang sangat.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang bagitahu aku hidup ni ada macam-II jenis manusia.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang bagitahu aku bahawa wujudnya manusia pakai TALAM.
*yang ni aku nak senyum sinis*

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku sedar hanya mak yang setia disisi.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku sedar aku ada abah yang amik berat dlm diam.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku sedar aku ada ramai orang sayang.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku sedar aku cuma seorang KAWAN.
*yang ni pun aku rasa nak senyum sinis*

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku sedar dunia ni hanya sementara.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang buat aku sedar akhirat itu yang ABADI.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang menyaksikan perubahan aku ke arah yg lebih baik.

Selamat jalan duaributigabelas.
Tahun yang jadi titik tolak saham akhirat aku.
INSYAALLAH :')

******

Terimakasih ALLAH kerana mengurniakan aku hidup yang vavavoommm kebabooommm tahun lepas. Terimakasih ALLAH kerana mengirimkan insan-II yang buat hidup warnawarni tahun lepas. Terimakasih ALLAH sbb bagi aku peluang rasa masam-manis kehidupan tahun lepas. Terimakasih ALLAH sbb bagi aku jumpa dgn Cik Hidayah disaat-II aku rasa aku dah terlalu jauh dari landasan-NYA. Terimakasih ALLAH sbb aku masih bernafas hingga saat ini. Terimakasih ALLAH untuk segalanya.

Terimakasih Puan Emak kerana melahirkan aku. Terimakasih Puan Emak kerana didik aku dengan ketegasan. Terimakasih Puan Emak kerana pupuk cara hidup ISLAM dalam diri aku. Terimakasih Puan Emak kerana bagi aku peluang buat pilihan sendiri dalam hidup. Terimakasih Puan Emak kerana beri aku kepercayaan disaat aku jauh dari keluarga. Terimakasih Puan Emak kerana selalu ada disisi disaat jatuh bangun aku. Terimakasih Puan Emak kerana banyak tegur aku bila aku khilaf.
Terimakasih Puan Emak untuk segalanya.

Terimakasih Incik Abah untuk kasihsayang yang dicurahkan selama ni. Terimakasih Incik Abah untuk titik peluh yang jatuh demi mencari rezeki untuk kami. Terimakasih Incik Abah untuk penat lelah memastikan kami dalam keselesaan. Terimakasih Incik Abah untuk perhatian yg tak nampak tu. Terimakasih Incik Abah untuk segala pengorbanan. Terimakasih Incik Abah untuk semua pelukcium yang dah lama tak rasa tu. Terimakasih Incik Abah untuk semua gurausenda yang dah lama tak rasa tu. Terimakasih Incik Abah untuk segalanya. Maaf sbb tak jadi anak yang baik :'(


SELAMAT DATANG DUARIBUEMPATBELAS.
Moga cipta lebih banyak kenangan.
Moga akan lebih menguatkan.
Moga-moga.

Kau pernah rasa ?



Kau pernah rasa tak.
Macam ada beban berat macam ikan josh atas bahu.

Kau pernah rasa tak.
Macam ada batu besar bapak ahh besar nya atas kepala.

Kau pernah rasa tak.
Bila kau perlu someone untuk berkongsi rasa,
dan orang tu pergi masa kau tersedu-II tahan sebak dalam dada.
dan orang tu pergi masa kau tengah gigih sapu leleh airmata kat pipi.
dan orang tu pergi masa kau baru nak bukak mulut bercerita soal rasa.
dan orang tu pergi masa kau betul-II perlukan kata-II semangat dari dia.

Sbb hanya dia yang boleh buat tangis kau mereda.
Sbb hanya dia yang boleh buat sebak kau berkurang.
Sbb hanya dia yang boleh buat kau punya senyum terukir semula.

Kau pernah rasa ?
Aku tengah rasa.

# Selamat Tahun Baru.
# ALHAMDULILLAH masih dengan orang yang sama :)