♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

24 June 2013

Lelaki. Dulu. Kini.



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat , perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita.

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara,
Diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapapun berani menggoda.

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama.

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu , dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad , tekun berdakwah.

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah,
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh.

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

p/s : bangunlah wahai lelaki-II kami. dunia semakin sadis. bangunlah. kami memerlukanmu :')

credit : USTAZAH FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.