♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

23 December 2013

ALLAH lebih tahu

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.

# Salin | Tampal :)