assalamualaikum saudara-saudara ISLAM ku .
m0ga sihat sejahtera ,
di bawah lembayung rahmat-NYA .
bukan aku tak pernah menderita ,
tetapi semuanya aku simpan .
bukan aku tak pernah kecewa ,
tetapi semuanya aku pendam .
bukan aku tak pernah terseksa ,
tetapi semuanya aku telan .
bukan juga aku tak pernah terluka ,
tapi semuanya aku kapan .
kerana apa ?
deritaku ,
kerana jiwa yang suka mencabar rasa .
kecewaku ,
lantaran hati yang tak pernah mahu setia .
seksaku ,
ek0ran lidah yang tidak bijak mel0ntar kata .
lukaku ,
natijah akal yang kurang mentafsir deria .
maka d0a aku jadikan sandaran ,
agar jiwa b0leh terisi ,
menjadikan hati mampu berpaksi ,
lalu lidah jadi terpuji ,
lantas akal bisa berfungsi .
credit : DIARI SUFI :)

kapan tu apa weyh>?? huhuhu
ReplyDeleteHAHAHA . kapan tu kapan laa . means balut-II then tanam :)
Delete