♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

5 May 2013

entry untuk bakal suami



Saya nak kita jadi abi dan ummi yang romantik dan penyayang depan anak-anak kita. Saya tahu mesti awak gelak bila baca ayat pertama saya. Tapi saya serius sebenarnya. Saya bukan mengada-ngada. Saya nak anak kita tahu apa itu kasih sayang dan cinta. Saya nak anak kita belajar apa itu bahagia. Bila kita tunjuk kita mesra, anak-anak kita akan turut sama bahagia. Saya harap awak tak ketawa.

Saya harap awak tak kisah bila saya datang sembur air paip masa awak basuh kereta. Saya harap awak tak marah kalau saya sengaja berjalan lambat-lambat depan TV masa awak tengok pasukan bola sepak kegemaran awak. Saya harap itu dapat buat hubungan kita makin mesra walaupun kita dah lama berumahtangga.

Saya harap awak tetap akan peluk dan cium saya masa saya sibuk di dapur siapkan masakan makan malam walaupun anak kita ada. Saya harap awak tetap akan pimpin tangan saya walaupun anak kita dah boleh berlari dekat pasaraya. Saya tahu mungkin awak malu bila orang pandang dan mengata. Tapi kita bukan buat sebab nak orang puji kita. Kita bahagia. Bukankah semua yang suami isteri buat selepas berkahwin merupakan satu pahala?

Sesungguhnya kasih sayang itu bermula dari rumah. Kasih sayang dari awak sebagai abi dan saya sebagai ummi mendidik anak-anak kita jadi soleh dan solehah. Saya mahu anak-anak kita berjaya dari sudut pelajaran dan juga akidah. Mungkin dari situ ada jalan untuk kita sekeluarga menuju ke Jannah.

Yang benar,
Bakal Isteri.

ps : Sabda Rasulullah SAW, "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan taat kepada suaminya, maka dia akan dipersilakan masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki."

No comments:

Post a Comment

Takkan bace saje kot ? Komen la sepatah dua ;)