Aku mahu lelaki yang berkongsi
citarasa walaupun berbeza hobi. lelaki yang boleh aku rujuk bila bercakap
tentang lagu atau drama TV. Janji aku dan dia dapat bercakap topik yang selari
walaupun dia peminat Chelsea dan aku peminat Man United, walaupun dia minat Korea dan aku minat Hindustan.
Aku mahu lelaki yang nampak muda walaupun sudah berusia. Aku mahu lelaki yang nampak kachak dalam baju melayu dan kemeja. lelaki yang pakai jeans atau kain pelikat tetap nampak bergaya.
Aku mahu lelaki yang boleh kejutkan
aku setiap pagi. Tak kira hari ada kelas atau hari cuti. Dan dia turut
bercerita tentang apa saja pada malam hari. Cerita dongeng tentang kami. Cerita
yang boleh buat aku termimpi-mimpi.
Aku mahu lelaki yang mengaku aku kekasihnya walaupun dia digilai gadis-II. lelaki yang tidak berdusta dalam cinta. Bila ada perempuan yang datang meminta nombor telefon dia, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar aku dengan penuh bangga.
Aku mahu lelaki yang boleh buat jantung aku berdegup laju bersama dia. lelaki yang boleh buat aku tulis banyak entry cinta dan rindu. lelaki yang buat aku rasa dihargai setiap waktu. lelaki yang buat aku rasa aku gadis paling bertuah dalam dunia. lelaki yang buat aku senyum penuh muka.
Aku mahu lelaki yang sejuk mata memandang. lelaki yang menjaga penampilan setiap masa. lelaki yang segak tanpa mendedahkan auratnya. lelaki yang perlukan aku dan aku perlukan dia. lelaki yang aku puja, suka dan cinta, dan dia juga sebaliknya.
Aku gadis biasa yang sedang belajar merancang keluarga.
Aku cuma mahu anak aku nanti comel dan kachak macam abi dia.
hihii :D
credit : http://apihelnino.blogspot.com/ :)

No comments:
Post a Comment
Takkan bace saje kot ? Komen la sepatah dua ;)