Ada sangka baik.
Ada sangka buruk.
Orang beribadah disangka riak.
Orang rileks disangka pemalas.
Orang berpakaian baru disangka menunjuk-nunjuk.
Orang berpakaian buruk disangka hina.
Orang makan banyak dikata pelahap.
Orang makan sikit disangka Diet.
Orang berperangai baik disangka buruk, tidak ikhlas.
Orang berperangai buruk disangka baik.
Orang yang senyum disangka mengejek.
Orang yang masam disangka merajuk.
Orang berbincang disangka mengumpat.
Orang yang diam disangka menyendiri, sombong, tidak ramah.
Orang yang menawan disangka menggoda.
Orang yang ceria disangka menggedik, mengada-ngada.
Orang yang bertanya disangka menyibuk.
Orang yang meminta maaf disangka tidak ikhlas.
*****
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa dan kesilapan.
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah.
Mana tahu yang menawan itu peribadinya, wataknya bersih.
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya, peramah dan suka berkawan.
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.
Oleh itu,
Sesuatu perkara yang kita lihat,
Jangan suka sangka-sangka.
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka.
Jauhi sikap sangka-sangka.
Firman ALLAH dalam surah Al Hujurat : 12
"Wahai orang-orang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."
# Salin|Tampal :)
No comments:
Post a Comment
Takkan bace saje kot ? Komen la sepatah dua ;)