♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡

♡ Penggegar jantung hati limpa hempedu usus & trakea ♡
Hai my Baby Boo ! Jangan pandang i lama-lama please. Suka buat i meroyan tau u ni sayang. Malu i. Hahahaa ! Dush dush Leeya merenyam ! Me adore him damn much. Ni kalau jumpa depan mata ni mau pengsan 4tahun 18belas hari 37jam bhai ! Love you bebeh ! Nasib baik laki orang tau. Kehkehkehhh *Muntah pelangi*

24 January 2014

Pesanan tak terpesan :')


Tadi.
Akak nak pesan,
Jangan tinggal ilmu yg adik dapat di SMKAP.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan salah pilih kawan bila keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan buang sarung kaki lepas keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan buang sarung lengan lepas keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan tinggal surah-II yg kita hafal lepas keluar SMKAP nanti.
Begitu juga Al-Ma'thurat, teruskan sayang.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan pakai tudung atas dada lepas keluar SMKAP nanti.
Tutup dada, maruah kita.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan biar bonggol tinggi sangat kalah bonggol unta,
Nanti tak cium bau SYURGA.
NAUZUBILLAH.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan langgar batas pergaulan lepas keluar SMKAP nanti.

Tadi,
Akak nak pesan,
Jangan terpengaruh dengan tipu-daya dunia.

*****

Adik-II yang akak sayangi. Maafkan akak kerana tak sempat meninggalkan pesanan-II yang boleh adik-II jadikan pedoman apabila melangkah ke dunia luar nanti. Adik-II, sesungguhnya pancaroba di dunia luar ini amat menggerunkan. Akak sendiri pernah jatuh dan tersungkur berkali-II. Andai iman tidak kukuh, malah hati amat rapuh, payah lah utk kita menempuh segala dugaan dan cabaran yang sentiasa menguji kian hari. Apa yang adik-II perlu ingat, bahawasanya dunia ini penuh tipu-daya, syaitan laknatullah akan sentiasa berusaha gigih menarik adik-II ke lembah NERAKA. ALLAHUAKBAR gerun nya akak sayanggg. Tanamkan dalam diri, kita kena kuat, jangan sampai syaitan bersorak gembira. Sentiasa dekat dengan YANG MAHA ESA. InsyaAllah bahagia hingga ke Syurga.

Andai berkesempatan, ada jodoh, panjang umur, akak berdoa, semoga kita akan dipertemukan semula di kemudian hari, kerana banyak perkara yang akak ingin pesan kepada adik-II. Sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu betapa terharunya hati ini tatkala melihat wajah adik-II yang akak sayangi walau baru pertama kali bertentang mata tadi. Akak mendoakan adik-II tidak hanyut dibuai arus dunia yang semakin deras dan merbahaya ini. Doakan akak juga ye :')

SMK AGAMA PAHANG.
Mengajarku menjadi seorang muslimah.
Aku pernah terjatuh.
Aku pernah tersungkur.
Dan ALLAH memimpinku kembali.
Moga terus kuat.
Dunia ini terlalu mewah.

No comments:

Post a Comment

Takkan bace saje kot ? Komen la sepatah dua ;)