"Awak, nak kahwin dengan kite tak ?"
"Awak sayang kite tak ?"
"Rindu kite tak harini ?"
Wahai Arjuna.
Berhentilah ungkap kata manis.
Berhentilah buat hati nya cair.
Berhentilah beri diri nya harapan.
Berhentilah buat dia rasa di awangan.
Berhenti.
Wahai Arjuna.
Bukan dia tidak mahu.
Bukan dia tidak sudi.
Bukan dia tidak kepingin.
Menjadi permaisuri hidupmu.
Menjadi pendamping setiamu.
Menjadi teman tidurmu.
Sungguh.
Itu impian setiap wanita.
Bangun pagi disamping Arjuna nya.
Menjadi makmum di belakang Arjuna nya.
Mengaminkan setiap doa Arjuna nya.
Menjalani hidup seharian bersama Arjuna nya.
Menjadi ibu mithali kepada anak-II yg soleh dan solehah.
InsyaAllah.
Wahai Arjuna.
Bukan dia tidak mahu.
Menerima mu sebagai pasangan hidup nya.
Tetapi.
Cara yang kau pamerkan.
Tidak seiring perkataanmu.
Kau kata kau sayang.
Kau kata kau cinta.
Kau kata kau rindu.
Lalu.
Dibelakang dia kau bermesra dengan wanita lain.
Dibelakang dia kau berpegangan dengan wanita lain.
Dibelakang dia kau bertepuktampar dengan wanita lain.
Mana sayang yang kau ucap ?
Mana cinta yang kau luah ?
Mana rindu yang kau kata ?
Mana sayangku mana ?
Dalam tidak sedar kau telah merobek hati nya.
Jiwa nya rabak serabak nya.
Berdarah.
Dan dia tetap disitu.
Memendam segala luka.
Berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Konon kuat.
Namun.
Perlahan-lahan dia berundur.
Setapak demi setapak.
Walau kaki nya terketar-ketar.
Walau jauh dalam lubuk hati dia tak mampu.
Kerana sesungguhnya sayang itu masih bertaut.
Cinta nya masih utuh.
Pada Arjuna nya yang tercinta.
Dia rebah.
Diam.
Kaku.
Harapan nya cuma satu.
Arjuna tercinta nya mengubah sikap.
Menjadi eksklusif hanya untuk dia seorang.
Tiada lain selain dia.
Dia tunggu.
Dan doakan dia kembali kuat.
Kerana dia harus bangun.
Kerana harapan itu masih menyala.
Pada kau.
Arjuna nya.
Berubahlah sayang.

No comments:
Post a Comment
Takkan bace saje kot ? Komen la sepatah dua ;)